KHAMIS, 07 MAC 2019 - Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya telah menerima Lawatan Penanda Aras EKSA oleh Kolej Vokasional Balik Pulau. Lawatan tersebut adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan perkongsian pengalaman berkenaan amalan EKSA di JKSNPP.
Seramai 20 orang wakil daripada Kolej Vokasional Balik Pulau hadir pada jam 10.00 pagi yang mana mereka merupakan ketua zon EKSA bagi Kolej Vokasional Balik Pulau. Lawatan tersebut di mulakan dengan taklimat EKSA yang telah disampaikan oleh Tuan Abdul Rahman bin Abdullah dan juga Ketua Zon Lebuh Downing Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya, iaitu Tuan Haji Abdul Munir bin Ghazali.
Lawatan tersebut kemudiannya di teruskan dengan jamuan minum pagi dan lawatan ke seluruh bangunan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Diharapkan dengan lawatan penanda aras ini dapat memberi sedikit sebanyak aspirasi kepada Kolej Vokasional Balik Pulau dalam usaha untuk mendapatkan Pensijilan EKSA (MAMPU).