Drop Down Menus CSS Drop Down Menu Pure CSS Dropdown Menu

SLIDESHOW

1 / 8
2 / 8
3 / 8
4 / 8
5 / 8
6 / 8
7 / 8
8 / 8

PENGUMUMAN: Blog Induk EKSA JKSNPP dalam proses penambahbaikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Thursday 17 May 2018

KURSUS PEMERKASAAN EKSA


20/4/2018 (JUMAAT) - Jawatankuasa Latihan Induk EKSA telah menganjurkan Kursus Pemerkasaan EKSA bagi memantapkan lagi pemahaman pelaksanaan EKSA di kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan. Kursus tersebut diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Barat Daya (Zon Lebuh Downing). Penceramah yang dijemput adalah SR. Rabiulkhair bin Mohd Nor yang merupakan Champion EKSA.  Beliau merupakan pegawai daripada Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) Tanjung Malim.

Seramai 50 peserta telah menyertai kursus ini. Turut serta adalah Pengerusi JK Pemandu EKSA JKSNPP sendiri iaitu YAA. Tuan Mohamad Shakir bin Abdul Hamid. Komitmen yang diberikan oleh semua peserta amatlah membanggakan. Antara perkongsian oleh Tuan Penceramah adalah isu Korporat, kesesuaian pelabelan & parking, mengutamakan ciri-ciri keselamatan, penemuan-penemuan oleh juruaudit EKSA MAMPU, Kreativiti & Inovasi dan pelbagai lagi. Diharapkan input-input yang diperolehi daripada kursus ini dapat diaplikasikan sebagai persediaan menghadapi audit pensijilan semula EKSA oleh pihak MAMPU.