Drop Down Menus CSS Drop Down Menu Pure CSS Dropdown Menu

SLIDESHOW

1 / 8
2 / 8
3 / 8
4 / 8
5 / 8
6 / 8
7 / 8
8 / 8

PENGUMUMAN: Blog Induk EKSA JKSNPP dalam proses penambahbaikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Thursday 17 May 2018

HARI INOVASI PERINGKAT JABATAN 2018


KHAMIS, 3 MEI 2018 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah mengadakan Majlis Hari Inovasi Peringkat Jabatan 2018 bertempat di Aras 1, Dewan Sebaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang. 
 Sempena sambutan Hari Inovasi tersebut telah dilancarkan projek inovasi daripada KIK Kumpulan Astound bertajuk Shariah Inductry Kit Application dengan singkatannya S.I.K.A.P iaitu projek inovasi bagi menyelesaikan masalah penyampaian maklumat yang kurang berkesan di kaunter.

JKSNPP juga menjemput Pengurus MPC Wilayah Utara En. Mohd Khairil Anuar bin Amir Hamzah untuk memberikan ceramah yang inovasi yang bertajuk “Thinking Outside The Box”. Majlis Hari Inovasi tersebut diakhir dengan penyampaian anugerah pertandingan Innovation Blast iaitu pertandingan memberikan cadangan idea inovasi dan kreatif yang boleh dibangunkan oleh Jabatan.
Pemenang bagi kategori Individu adalah;
Pemenang Pertama Nik Suhaimi Nik Saberi (Mempercepat Pengeluaran Perintah Bertulis)
Pemenang Kedua Noriswani Binti Hussein (Sistem E-Trace- Membuat Carian Peminjaman Fail)
Pemenang Ketiga Hamizah Hamid (Lost & Found - Menyediakan Peti Bagi Barang yang Hilang dan Jumpa di Kaunter)
Pemenang Kategori Kumpulan adalah;
Pemenang Pertama MYNDA ( Pendaftaran Kes Tanpa Fizikal Dokumen )
Pemenang Kedua SMDRT - Corp ( e-Smartvey - Smart Survey System )
Pemenang Ketiga - Eyes Of Victoria ( Penggunaan Aplikasi Chutex )