KHAMIS, 14 JANUARI 2016 - Pertandingan Blog EKSA
Paling Kreatif telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat JKSN Pulau Pinang
pada 13 Januari 2016. Program ini merupakan anjuran daripada Jawatankuasa Promosi
Induk EKSA JKSN Pulau Pinang.
Juri pertandingan yang dilantik terdiri daripada Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Dato' Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan selaku Ketua Juri dan 2 orang lagi merupakan Pegawai Teknologi Maklumat dari Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri (PTMKN) iaitu Puan Salbiah Binti Mat dan Puan Siti Fairuz Binti Mustafa.
Untuk pertandingan ini semua
ketua zon telah diminta untuk memberi penerangan berkaitan Blog Zon
masing-masing. Denagn adanya pertandingan ini ianya secara tidak langsung dapat
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT kakitangan Jabatan. Disamping itu
ianya juga dapat mengeratkan hubungan dengan kerjasama secara berkumpulan
semasa persediaan pertandingan ini.
Pemenang bagi pertandingan
ini akan diumumkan dalam Perhimpunan Bulanan yang akan diadakan pada 5 Februari
2016 nanti.