ISNIN, 12 OKTOBER 2015 - Bengkel Sistem Pengurusan
Dokumentasi Maya EKSA telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Mahkamah
Rendah Syariah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pada 8 & 9 Oktober 2015.
Bengkel ini diadakan adalah bertujuan
memberi pendedahan dan kemahiran kepada warga JKSN Pulau Pinang mengenai penggunaan Blog sebagai persediaan
untuk memuat naik dokumentasi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) nanti.
Sepertimana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk EKSA,
dimana semua dokumen EKSA hendaklah dimuat naik ke Blog EKSA Zon masing-masing.
Ini adalah bertujuan untuk memudahkan penilaian dan pemantauan sejauh mana
aktiviti dan perancangan yang telah dirangka oleh setiap zon.
Disamping itu kakitangan
Jabatan juga boleh mengambil peluang ini untuk mendapat ilmu baru berkaitan
pembangunan laman blog dan secara tidak langsung meningkatkan kemahiran ICT.
Sekian, terima kasih.