Drop Down Menus CSS Drop Down Menu Pure CSS Dropdown Menu

SLIDESHOW

1 / 8
2 / 8
3 / 8
4 / 8
5 / 8
6 / 8
7 / 8
8 / 8

PENGUMUMAN: Blog Induk EKSA JKSNPP dalam proses penambahbaikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Monday 23 October 2017

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH JABATAN PENJARA TAPAH


5.10.2017 (Khamis)- Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah menerima Lawatan Penandaaras EKSA daripada Jabatan Penjara Tapah. Jabatan Penjara Tapah Perak sedang dalam usaha memperoleh persijilan EKSA oleh pihak MAMPU. Oleh itu tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat amalan EKSA yang dilaksanakan oleh JKSNPP  sehingga mendapat persijilan EKSA. Seramai 20 orang peserta yang terlibat.


Delegasi tersebut diketuai oleh PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali selaku pengerusi jawatankuasa EKSA Penjara Tapah. Pengerusi Jawatankuasa Induk EKSA JKSNPP juga YA. Zaim bin Md Yudin selaku Pemangku Ketua Hakim Syarie turut serta dalam program ini.  Banyak perkongsian di antara kedua-dua Jabatan mengenai pengalaman masing-masing melaksanakan EKSA.Selepas sesi taklimat oleh Tuan Mohammad Shahidan bin Abdul Ghapar selaku Pengerusi JK Audit EKSA JKSNPP,   peserta dibawa melawat ke Zon Lebuh Victoria & Light di Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang serta Zon Lebuh Queen di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut.