Drop Down Menus CSS Drop Down Menu Pure CSS Dropdown Menu

SLIDESHOW

1 / 8
2 / 8
3 / 8
4 / 8
5 / 8
6 / 8
7 / 8
8 / 8

PENGUMUMAN: Blog Induk EKSA JKSNPP dalam proses penambahbaikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Tuesday 3 October 2017

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARIPADA PENJARA PULAU PINANG

13 Jun 2017- ( Selasa), Jabatan Penjara Pulau Pinang telah membuat Lawatan Penandaaras EKSA ke Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Lawatan tersebut disertai oleh 30 orang pegawai dan kakitangan Penjara Reman Pulau Pinang. Jabatan Penjara Pulau Pinang dalam proses mendapatkan persijilan EKSA daripada pihak MAMPU.

 Ucapan aluan diberikan oleh YAA. Dato' Haji Abdul Walid sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk EKSA JKSNPP dan taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Mohammad Shahidan bin Abdul Ghapar. Semangat untuk mendapatkan persijilan EKSA dapat digambarkan oleh setiap peserta lawatan atas komitmen yang diberikan kerana sanggup mengadakan lawatan berkenaan pada bulan Ramadhan. Selesai sesi taklimat peserta dibawa melawat ke Zon Lebuh Victoria, Zon Lebuh Light dan Zon Lebuh Queen. Diharapkan Lawatan ini dapat menjalinkan kerjasama erat antara kedua Jabatan dan saling bertukar pengalaman dan pandangan dalam menjalankan amalan EKSA di Jabatan masing-masing.