Drop Down Menus CSS Drop Down Menu Pure CSS Dropdown Menu

SLIDESHOW

1 / 8
2 / 8
3 / 8
4 / 8
5 / 8
6 / 8
7 / 8
8 / 8

PENGUMUMAN: Blog Induk EKSA JKSNPP dalam proses penambahbaikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Monday 2 April 2018

LAWATAN PENANDA EKSA ARAS DARIPADA POLITEKNIK BALIK PULAU

7 MAC 2018 (RABU) 2.30 petang - Lebuh Downing atau Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya buat pertama kalinya selepas persijilan EKSA telah menerima lawatan Penanda Aras EKSA daripada  Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang. Lawatan tersebut disertai oleh 14 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan Politeknik berkenaan. 

Puan Pazilah binti Darus  selaku Pengerusi EKSA telah mengetuai lawatan tersebut. Difahamkan pihak Politeknik Balik Pulau telah mengadakan Audit Dalam EKSA  sebanyak tujuh kali dan hanya menunggu pihak MAMPU untuk mengadakan Audit Pensijilan EKSA. Lawatan ini bertujuan meninjau pelaksanaan EKSA oleh Zon Lebuh Downing serta pelaksanaan Jawatankuasa Induk dalam menggerakkan EKSA. Turut hadir pada sesi lawatan ini adalah Puan Hasniah binti Hassan Ketua Pendaftar JKSNPP selaku Naib Pengerusi EKSA. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Munir bin Haji Ghazali selaku Ketua Zon Lebuh Downing dan juga Puan Siti Aminah binti Abdul Halim selaku Setiausaha Jawatankuasa Pemandu EKSA JKSNPP.

Semoga lawatan tersebut dapat memberi sedikit sebanyak ilmu dan aspirasi kepada Politeknik Balik Pulau untuk terus komited dalam perlaksanaan EKSA. 







.