6 FEBRUARI 2018 (SELASA)- Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang sekali lagi telah menerima Lawatan Penanda Aras EKSA daripada Jabatan Penjara Seberang Perai. Lawatan ini diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan pada jam 2.30 petang.
Kunjungan tersebut disertai 25 orang yang diketuai oleh Pengarah Penjara Penolong Kanan Komosioner Penjara Tuan Husin bin Haji Johari. Turut hadir sama ialah Penolong Penguasa Penjara Tuan Daziro bin Mustafa, AJK Induk EKSA dan ketua-ketua Zon Jabatan Penjara Seberang Perai. Jabatan Penjara Seberang Perai sedang menuju ke arah pensijilan EKSA daripada pihak MAMPU. Taklimat disampaikan oleh Ketua Zon Lebuh Campbell En. Mohamad Fuad bin Abdul Aziz.