Drop Down Menus CSS Drop Down Menu Pure CSS Dropdown Menu

SLIDESHOW

1 / 8
2 / 8
3 / 8
4 / 8
5 / 8
6 / 8
7 / 8
8 / 8

PENGUMUMAN: Blog Induk EKSA JKSNPP dalam proses penambahbaikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Wednesday 23 November 2016

LAWATAN PENANDA ARAS UNIT KESIHATAN SINARAN & JURU X-RAY JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG


23/11/2016, SELASA - Zon Lebuh Armenian sekali lagi menerima kunjungan jabatan luar buat kali ke dua bagi tahun 2016. Kunjungan pada kali ini adalah dari  Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang dari Unit Kesihatan Sinaran dan Juru X ray dari unit berkenaan yang  terdiri daripada 14 orang pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh Puan Ku Shaidaton Akmar binti Ku Bakar yang juga merupakan Pegawai Penyelaras  EKSA di JKN Pulau Pinang.

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Penyelaras EKSA jabatan, Tuan Muhammad Ridhuwan bin Ibrahim. Taklimat pada kali lebih menjurus kepada pengalaman jabatan selepas persijilan EKSA oleh MAMPU dan perkongisan strategi pelaksanan sudut EKSA Maya di jabatan ini yang melibatkan kesemua zon yang dipersijilkan. Taklimat turut diselangseli dengan pelbagai soalan dan dilangsungkan dengan suasana yang aman dan harmoni. Turut bersama pada majlis tersebut Ketua Jawatankuasa Promosi Induk, Ketua Jawatankuasa Latihan Induk, Ketua Jawatankuasa Promosi Induk, Setiausaha Induk EKSA, Ketuan Zon Lebuh Armenian dan Penolong Pegawai Penyelaras EKSA jabatan.

Pelbagai perkara dibincangkan dan dikongsikan pada sesi tersebut dan jabatan berharap agar hubungan baik ini akan berkekalan untuk manfaat bersama. Delegasi turut di bawa melawat ke setiap aras di Lebuh Armenian dan lawatan dikahiri dengan sesi bergambar.

Lawatan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.30 petang.

Delegasi khusyuk mendengar taklimat dari Pegawai Penyelaras jabatan.



Setiap persoalan dirungkaikan sebaik yang mungkin.


Lawatan delegasi ke setiap aras Zon Armenian


Sesi bergambar bersama.