Drop Down Menus CSS Drop Down Menu Pure CSS Dropdown Menu

SLIDESHOW

1 / 8
2 / 8
3 / 8
4 / 8
5 / 8
6 / 8
7 / 8
8 / 8

PENGUMUMAN: Blog Induk EKSA JKSNPP dalam proses penambahbaikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Thursday 22 September 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU EKSA BIL.4/2016




Isnin, 19 September 2016 - Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YAA Dato' Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan, Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang sekali lagi bersidang buat kali ke empat bagi tahun ini dalam memastikan perjalanan program EKSA  lancar dan sempurna bagi setiap zon jabatan ini.

Pelbagai agenda yang telah dibincangkan dalam mesyurat berkenaan. Mesyuarat juga telah bersetuju untuk mewujudkan Jawatankuasa Blog dan ICT rentetan keputusan mesyuarat terdahulu untuk menghapuskan suduk EKSA fizikal zon dan digantikan dengan sudut EKSA maya menggunakan medium blogspot. Encik Mohammad Khairil Izwan bin Mansor, Pegawai ICT jabatan telah dilantik bagi mengemudi jawatankuasa tersebut. 

Selain itu, mesyuarat juga memutuskan melantik Tuan Jasmin bin Ismail dari zon Lebuh Light selaku pengurus Projek "Go Green" jabatan bagi memastikan perlaksaan program "Go Green" di jabatan ini berjalan dengan sistematik dan terancang.

Admin juga mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Dato' pengerusi kerana mesyuarat tersebut diadakan pada tarikh lahir YAA Dato'. Ia perancangan dan bukan kebetulan dan semoga Dato' terus dikurniakan kesihatan yang mantap dan dikurniakan rezeki melimpah dari Allah swt. In sya Allah.



YAA Dato' pengerusi diraikan oleh kejutan dari Jawatankuasa Pemandu EKSA dan warga Lebuh Victoria.


Happy Birthday Boss !