Drop Down Menus CSS Drop Down Menu Pure CSS Dropdown Menu

SLIDESHOW

1 / 8
2 / 8
3 / 8
4 / 8
5 / 8
6 / 8
7 / 8
8 / 8

PENGUMUMAN: Blog Induk EKSA JKSNPP dalam proses penambahbaikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Monday 12 October 2015

Lawatan Transformasi & Inovasi JKSN Pulau Pinang

ISNIN, 20 OKTOBER 2014 – Satu Lawatan Transformasi & Inovasi JKSN Pulau Pinang ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Makmal Forensik, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah diadakan pada 15 hingga 17 Oktober 2014. Lawatan kali ini telah dianjurkan oleh Unit Promosi, Persekitaran Ekosistem 5S JKSNPP yang diketuai oleh Tuan Nik Bukhari Bin Nik Hashimy.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi melihat inovasi dan perkembangan teknologi di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Makmal Forensik, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi mendapat idea-idea dan pengetahuan supaya dijadikan panduan dan memperoleh ilmu untuk perkembangan Jabatan pada masa akan datang.
 Lawatan bermula pada 15 Oktober 2014 di mana para peserta dikehendaki berkumpul seawal jam 7.30 pagi di Ibu Pejabat JKSNPP dan pada 8.30 pagi di MRS Seberang Perai Selatan untuk menaiki bas bagi tujuan lawatan tersebut. Para peserta lawatan kali ini diberi penginapan di Hotel Presscott, Kajang Selangor. Aktiviti pada hari pertama lawatan adalah pada sebelah malam iaitu perlawanan bowling persahabatan antara JKSN Pulau Pinang dan Mahkamah Wilayah Persekutuan.
Pada 16 Oktober 2014 iaitu hari kedua lawatan, aktiviti para peserta bermula dengan kunjungan ke Bangunan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Duta bagi mendengar taklimat berkaitan inovasi disamping lawatan ke beberapa lokasi bagi melihat perlaksanaan E-Payment, E-Giliran dan Ekosistem 5S yang terdapat disana. Pada sebelah petang aktiviti diteruskan dengan perlawanan ping pong dan badminton persahabatan antara JKSN Pulau Pinang dan Mahkamah Wilayah Persekutuan. Pada sebelah malamnya telah diadakan makan malam dan penyampaian hadiah sukan persahabatan yang telah diadakan iaitu bowling, ping pong dan badminton.
Pada 17 Oktober 2014 iaitu merupakan hari terakhir lawatan dimana para peserta telah dibawa ke  Makmal Forensik, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di Cheras, Kuala Lumpur. Pada hari terakhir peserta telah didedahkan dengan teknologi terkini forensik bagi tujuan pengesanan maklumat yang digunakan oleh PDRM dalam menangani sesuatu kes. Lawatan berakhir lebih kurang 11.30 pagi. Terima kasih diatas penganjuran lawatan kali ini.
Sekian, terima kasih.