Drop Down Menus CSS Drop Down Menu Pure CSS Dropdown Menu

SLIDESHOW

1 / 8
2 / 8
3 / 8
4 / 8
5 / 8
6 / 8
7 / 8
8 / 8

PENGUMUMAN: Blog Induk EKSA JKSNPP dalam proses penambahbaikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Monday 3 March 2014

GOTONG ROYONG PERDANA EKSA JKSN PULAU PINANG


JUMAAT, 14 FEBRUARI 2014 – Aktiviti Gotong Royong Perdana EKSA telah diadakan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Aktiviti gotong royong ini merupakan permulaan ke arah perlaksanaan Persekitaran Ekosistem EKSA Jabatan.

Semua kakitangan pada hari berkenaan dikehendaki mengemas barang-barang di ruang tempat kerja masing-masing sebelum bersama-sama terlibat mengemas dan membersihkan ruang pejabat. Setiap kakitangan telah dibahagikan mengikut kumpulan yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengemas di lokasi persekitaran ruang pejabat yang telah ditetapkan.




Aktiviti ini menerima penyertaan di semua peringkat sama ada dari pada kakitangan pengurusan atasan mahupun kakitangan sokongan. Ianya secara tidak langsung mengeratkan hubungan diantara kakitangan Jabatan dan dapat memupuk budaya bekerjasama dalam menjalankan tugasan yang telah diamanahkan.

Dengan permulaan yang memberangsangkan ini diharap hasrat dan usaha Jabatan ke arah memperolehi Pensijilan EKSA dapat dicapai pada tahun ini.
Sekian, Terima Kasih.

Galeri 1
Galeri 2