Drop Down Menus CSS Drop Down Menu Pure CSS Dropdown Menu

SLIDESHOW

1 / 8
2 / 8
3 / 8
4 / 8
5 / 8
6 / 8
7 / 8
8 / 8

PENGUMUMAN: Blog Induk EKSA JKSNPP dalam proses penambahbaikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Monday 2 April 2018

AUDIT SILANG EKSA DI PENJARA REMAN PULAU PINANG


15 MAC 2018 ( KHAMIS) - Pasukan Audit EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang telah dijemput oleh pihak Penjara Reman Pulau Pinang untuk mengadakan Audit EKSA di jabatan mereka sebagai persediaan menghadapi Audit EKSA MAMPU. Seramai empat pegawai iaitu Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar, Puan Hamizah binti Hamid, Puan Syahida binti Md Desa dan Puan Nor Aziani binti Mustaffa yang dapat menyertai auditan tersebut.
Sesungguhnya jemputan untuk mengadakan Audit EKSA di Penjara Reman merupakan satu penghargaan kepada Jabatan ini kerana kepercayaan dan harapan yang diletakkan oleh  Penjara Reman Pulau Pinang. Pelbagai pengalaman dan input baharu diperoleh oleh juruaudit EKSA tersebut yang boleh dikongsikan dengan kakitangan di JKSNPP. Sebanyak 6 Zon di Penjara Reman telah diaudit. Sesi pembukaan audit  telah dirasmikan oleh Pengarah Penjara Reman sendiri iaitu PKP Tey Hock Soon. Auditan tersebut tamat pada jam 5.00 petang dan penemuan-penemuan dilaporkan pada sesi penutupan audit.