Drop Down Menus CSS Drop Down Menu Pure CSS Dropdown Menu

SLIDESHOW

1 / 8
2 / 8
3 / 8
4 / 8
5 / 8
6 / 8
7 / 8
8 / 8

PENGUMUMAN: Blog Induk EKSA JKSNPP dalam proses penambahbaikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Wednesday 7 February 2018

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG


29.1.2018 (Selasa)- Kolej Komuniti Bukit Mertajam Pulau Pinang telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Zon Lebuh Victoria, Light & Queen di Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut. Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Program Puan Sakinah binti Osman. Kolej Komuniti Bukit Mertajam dalam usaha mendapatkan pensijilan EKSA dan kini giat mengadakan lawatan ke agensi atau Jabatan yang telah mendapat pensijilan EKSA.



Taklimat mengenai pengalaman Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang dalam melaksanakan EKSA disampaikan oleh Tuan Jasmin bin Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Go Green dan Kitar Semula EKSA JKSNPP. Semoga perkongsian pengalaman ini menyuntik semangat buat warga kerja Kolej Komuniti Bukit Mertajam dalam melaksanakan EKSA.