Drop Down Menus CSS Drop Down Menu Pure CSS Dropdown Menu

SLIDESHOW

1 / 8
2 / 8
3 / 8
4 / 8
5 / 8
6 / 8
7 / 8
8 / 8

PENGUMUMAN: Blog Induk EKSA JKSNPP dalam proses penambahbaikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Friday 26 May 2017

LAWATAN PENANDAARAS EKSA OLEH JABATAN PENJARA KAJANG




18 Mei 2017- (Khamis) Jabatan Penjara Kajang telah mengadakan Lawatan Penandaaras EKSA di Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan. Delegasi tersebut diketuai oleh Penolong Pengarah Penjara Kajang PKK Rosoman bin Abu Bakar.@ Che Din. Seramai lima belas orang terdiri daripada Ketua JK Audit, Latihan dan Promosi serta beberapa Ketua Zon daripada Penjara Kajang menyertai lawatan ini. 


Menurut Setiausaha Jawatankuasa EKSA Penjara Kajang, Inspektor Abu Bakar bin Mohd Tawil, mereka telah memilih untuk mengadakan Lawatan Penandaaras di  Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang berdasarkan carian maklumat di Blog Induk  EKSA JKSNPP. Jabatan ini amat berbesar hati atas kesudian Jabatan Penjara Kajang mengadakan Lawatan Penandaaras EKSA di Jabatan ini. Diharapkan pertemuan ini dapat memberi perkongsian pengalaman kepada kedua-dua Jabatan dalam usaha mendapat pensijilan semula EKSA pada tahun 2018.