Drop Down Menus CSS Drop Down Menu Pure CSS Dropdown Menu

SLIDESHOW

1 / 8
2 / 8
3 / 8
4 / 8
5 / 8
6 / 8
7 / 8
8 / 8

PENGUMUMAN: Blog Induk EKSA JKSNPP dalam proses penambahbaikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Monday 23 January 2017

BENGKEL PEMURNIAN PANDUAN PELAKSANAAN EKSA


22/12/2016, JUMAAT-Jawatankuasa Latihan Induk EKSA telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Panduan Pelaksanaan EKSA JKSNPP rentetan keputusan Mesyuarat JK Pemandu EKSA JKSNPP bil.5/2016. 

Bengkel tersebut membincangkan berkaitan penubuhan JK ICT dan Blog EKSA, Jawatankuasa Kitar Semula dan Go Green JKSNPP, pemansuhan sudut fizikal EKSA, penetapan tempoh pengemaskinian blog EKSA (sudut maya EKSA), pemansuhan jawatan fasilitator dan Penyelaras Zon serta pemansuhan jawatan Penolong Penyelaras dan Timbalan Pengerusi II di peringkat Jawatankuasa Induk EKSA. Selain itu juga bengkel turut menyediakan Carta Perbatuan Tahun 2017. 

Bengkel yang diadakan di bilik mesyuarat  Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang dihadiri oleh JK Induk EKSA serta semua Ketua Zon. Berdasarkan carta perbatuan tahun 2017 Audit Dalam bil. 1/2017 akan diadakan pada pertengahan bulan Februari 2017. Pelbagai aktiviti juga dirancang oleh Jawatankuasa Promosi dan Latihan Induk sepertimana Carta Perbatuan 2017 .