Drop Down Menus CSS Drop Down Menu Pure CSS Dropdown Menu

SLIDESHOW

1 / 8
2 / 8
3 / 8
4 / 8
5 / 8
6 / 8
7 / 8
8 / 8

PENGUMUMAN: Blog Induk EKSA JKSNPP dalam proses penambahbaikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Thursday 2 June 2016

AUDIT PENSIJILAN EKSA OLEH MAMPU

ISNIN, 14 MAC 2016 - Audit tersebut dijalankan oleh dua orang Juruaudit daripada pihak MAMPU iaitu En. Ahmad Najme bin Muhammad (Ketua Pasukan) dan En. Mogana Rau a/l Miniandy pada 14 Mac 2016 hingga 16 Mac 2016. Seluruh warga JKSNPP amat teruja dengan kesudian MAMPU menjalankan audit pensijilan tersebut dan setiap zon telah menjalankan persediaan yang rapi.

Sesi Pembukaan telah diadakan pada 14 Mac 2016 di bilik Mesyuarat JKSNPP pada jam 9.30 pagi dan dihadiri oleh Pengerusi JK Pemandu EKSA sendiri YAA. Dato' Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan serta semua ahli jawatankuasa induk dan semua ketua zon. Kira-kira jam 10.30 pagi sejurus selesai sesi taklimat pembukaan oleh kedua-dua juruaudit, audit terus dijalankan. En. Ahmad Najme bin Muhammad telah menjalankan audit di Zon Lebuh Victoria, Lebuh Light, Lebuh Queen dan Lebuh Downing. Manakala En. Mogana Rau a/l Miniandy menjalankan audit di Zon Lebuh Campbell, Lebuh King dan Lebuh Armenian. Setiap juruaudit diiringi oleh seorang pegawai pengiring dan seorang jurugambar. Majlis penutupan Audit diadakan pada 16 Mac 2016 jam 9.30 pagi. Menurut ketua juruaudit, beliau melihat adanya kesungguhan dan kesediaan oleh setiap kakitangan dalam menghadapi audit pensijilan ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa teguran atau penemuan di setiap zon yang perlu diambil tindakan dalam tempoh tiga hari dari tarikh penutupan audit. Diharapkan semoga JKSNPP berjaya memperoleh pensijilan EKSA dengan cemerlang.