Drop Down Menus CSS Drop Down Menu Pure CSS Dropdown Menu

SLIDESHOW

1 / 8
2 / 8
3 / 8
4 / 8
5 / 8
6 / 8
7 / 8
8 / 8

PENGUMUMAN: Blog Induk EKSA JKSNPP dalam proses penambahbaikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Friday 22 January 2016

PERTANDINGAN BLOG EKSA PALING KREATIF

KHAMIS, 14 JANUARI 2016 - Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat JKSN Pulau Pinang pada 13 Januari 2016. Program ini merupakan anjuran daripada Jawatankuasa Promosi Induk EKSA JKSN Pulau Pinang.

Juri pertandingan yang dilantik terdiri daripada Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Dato' Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan selaku Ketua Juri dan 2 orang lagi merupakan Pegawai Teknologi Maklumat dari Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri (PTMKN) iaitu Puan Salbiah Binti Mat dan Puan Siti Fairuz Binti Mustafa.
Untuk pertandingan ini semua ketua zon telah diminta untuk memberi penerangan berkaitan Blog Zon masing-masing. Denagn adanya pertandingan ini ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT kakitangan Jabatan. Disamping itu ianya juga dapat mengeratkan hubungan dengan kerjasama secara berkumpulan semasa persediaan pertandingan ini.
Pemenang bagi pertandingan ini akan diumumkan dalam Perhimpunan Bulanan yang akan diadakan pada 5 Februari 2016 nanti.