Drop Down Menus CSS Drop Down Menu Pure CSS Dropdown Menu

SLIDESHOW

1 / 8
2 / 8
3 / 8
4 / 8
5 / 8
6 / 8
7 / 8
8 / 8

PENGUMUMAN: Blog Induk EKSA JKSNPP dalam proses penambahbaikan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Monday, 23 September 2019

PERTUKARAN NAMA ZON EKSA





Pada 21 Ogos 2019, telah diputuskan dalam Mesyuarat Induk Eksa Bil.2 Tahun 2019 berkenaan pertukaran nama semua zon di JKSNPP. Pertukaran nama zon asal kepada nama zon kawasan.  Pertukaran nama zon ini berkuat kuasa  25 September 2019 seperti berikut:
1. Zon Lebuh Victoria (Khidmat Pengurusan sumber manusia) ditukar nama kepada Zon Batu Gantung.

2.  Zon Lebuh Light (Mahkamah Tinggi Syariah) ditukar nama kepada Zon Georgetown.
3.  Zon Lebuh Queen (Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut) ditukar nama kepada Zon Bandaraya.
4. Zon Lebuh Downing (Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya) ditukar nama kepada Zon Balik Pulau.
5. Zon Lebuh Armenian (Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara) ditukar nama kepada Zon Bertam.
6. Zon Lebuh King (Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah) ditukar nama kepada Zon Bukit Mertajam.
7.   Zon Lebuh Campbell (Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan) ditukar nama kepada Zon Jawi.

Tuesday, 9 April 2019

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH JABATAN PENGAIRAN & SALIRAN PULAU PINANG DAN JABATAN KERJA RAYA SEBERANG PERAI SELATAN

 




KHAMIS, 07 MAC 2019 - Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Selatan telah menerima Lawatan Penanda Aras EKSA oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang & Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Selatan. Lawatan tersebut adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan perkongsian pengalaman berkenaan amalan EKSA di JKSNPP.

Seramai 20 orang wakil masing-masing daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang & Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Selatan hadir pada jam 10.00 pagi yang mana mereka merupakan ketua zon EKSA bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang & Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Selatan. Lawatan tersebut di mulakan dengan taklimat EKSA yang telah disampaikan oleh Tuan Abdul Rahman bin Abdullah dan juga Ketua Zon.

Lawatan tersebut kemudiannya di teruskan dengan jamuan minum pagi dan lawatan ke seluruh bangunan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Selatan. Diharapkan dengan lawatan penanda aras ini dapat memberi sedikit sebanyak aspirasi kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang & Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Selatan dalam usaha untuk mendapatkan Pensijilan EKSA (MAMPU).